Destinasi Pelancongan di Sarawak

Number of View: 11

destinasi pelancongan di sarawakSarawak merupakan antara negeri yang mempunyai banyak kaum. Namun, suku kaum Iban atau Dayak Laut merupakan kumpulan etnik terbesar di Sarawak seramai 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak . Mereka tinggal secara berkumpulan di rumah tradisional yang dikenali sebagai rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolak-ansur, dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Walaupun kebanyakan daripada masyarakat Iban kini menganut agama Kristian, tetapi mereka masih mengekalkan amalan tradisi adat resam nenek moyang mereka.

Menurut sebuah artikel, Sarawak bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat yang menarik tetapi merupakan negeri yang terbersih di Malaysia. Negeri Bumi Kenyalang ini mempunyai 15 kawasan yang dilindungi sepenuhnya, 4 kawasan hidupan liar dan 5 kawasan simpanan semula jadi. Antara taman negara di sini termasuklah Mulu, Bako dan Niah. Taman Negara Niah merupakan tempat bersejarah. Kuching Waterfront, sebuah tempat yang menjadikan kunjungan anda seperti tidak lengkap jika tidak singgah ke sini. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil serta melihat aliran air sungai yang bersih. Bersetentangan dengan Kuching Waterfront, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang boleh dijadikan buah tangan. Bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya pula mempunyai beberapa tempat rekreasi seperti Taman Stutong, Gua Angin dan Gua Pari-pari. Pelawat yang berminat terhadap sejarah dan budaya Sarawak disarankan melawat Muzium Sarawak, Kampung Budaya di Damai atau jejak warisan Kuching di pusat bandar raya.
Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan tempat menarik di Sarawak, anda boleh layari laman berikut:
1) http://tempatmenarik.com/2010/06/tempat-tempat-menarik-di-sarawak/
2) http://www.sarawak.gov.my/ms/visitors/places-of-interest

Bercuti di Sarawak

Number of View: 8

Pengalaman Bercuti di SarawakJika bercuti di Sarawak, anda tidak akan menyesal kerana pastinya pengalaman baru yang mengujakan dan tempat menarik di sana sudah tersedia buat anda. Sebagai contoh, Grand Margherita Hotel yang terletak betul-betul di tengah bandar Kuching. Di sana terdapat restoran halal iaitu Sambal yang menyajikan menu makan malam ikan masak tiga rasa, ketam blackpepper, kailan goreng dan nasi ayam penyek yang sangat sedap. Restoran Baruk juga tidak kurang hebatnya. Sekiranya ingin menikmati ayam pansuh, di sana memangnya sudah tersedia. Riverside Superbowl pula merupakan pusat bowling. Terdapat kedai kek lapis Sarawak Dayang Salhah di Kampung Boya di seberang sungai. Jika inginkan keunikan, singgahlah ke Serikin yang menawarkan pelbagai barang menarik. Selain itu, antara keistimewaan lain yang terdapat di Sarawak adalah Raja Ayam Penyet, Muzium Etnologi dan Aquarium Bandaraya yang menggamit anda.
Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan bercuti di Sarawak, sila rujuk laman berikut:
1) http://amien7.wordpress.com/2011/08/02/trip-bercuti-ke-sarawak
2) http://ermaheryzal.blogspot.com/2010/01/bercuti-ke-sarawak.html

Sarawak sememangnya terkenal dengan bentuk muka buminya yang bergunung-ganang selain berpaya. Antara gunung yang wujud di sini ialah Gunung Ampungara, Gunung Apd Runan, Bukit Batu Buli, Bukit Batu Lawi, Gunung Buri, Gunung Mulu, Gunung Murud, Gunung Penrissen dan Gunung Santubong. Namun antara gunung yang cukup gah ialah Gunung Murud dan Gunung Mulu. Gunung Murud yang merupakan gunung yang tertinggi di Sarawak dan yang ke-3 di Malaysia dengan ketinggian 2,438 meter dari paras laut. Gunung ini mempunyai keindahan alam semula jadi yang menarik. Pendakian pertama gunung ini yang telah direkodkan adalah oleh Dr. Eric Mjoberg pada tahun 1922. Manakala Gunung Mulu merupakan gunung ke-5 tertinggi di Malaysia iaitu setinggi 2,371 dari paras laut. Gunung ini terletak di Taman Negara Mulu yang terkenal dengan gua-guanya yang menarik seperti Gua Rusa yang merupakan gua terbesar di dunia

Percutian ke Pulau Kapas

Number of View: 224

Pulau Kapas merupakan jawapan bagi segala persoalan yang bermain di fikiran anda. Ramai yang masih tertanya-tanya dan tercari-cari pulau pulau yang indah, hutan semulajadi yang segar, air laut yang biru, pantai yang menarik dan terumbu karang yang berwarna-warni.

Semuanya menanti anda di Pulau Kapas, Marang, Terengganu. Anda boleh dapatkan pakej percutian di Pulau Kapas atau jika ingin jimat bajet atau sukakan cabaran lebih elok terus datang sahaja ke sini. Memang mudah kalau bercuti ke Pulau Kapas. Percutian ini amat sesuai untuk mereka yang berbulan madu atau membawa anak-anak ke sini.

Ramai yang bertanya bagaimana ingin ke Pulau Kapas. Adakah dengan menaiki Feri? Kebiasaannya kemudahan bot laju boleh didapati di Jeti Marang dengan harga RM40/seorang untuk perjalanan pergi dan balik. Lebih kurang 15 minit anda boleh sampai ke Pulau Kapas dengan bot laju. Jadual bot pulau kapas bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Macam-macam aktiviti yang BOLEH dilakukan di Pulau Kapas. Yang popular ialah snorkeling di perairan pulau melihat ikan-ikan , batu karang dan hidupan laut yang menarik dan cantik.

Airnya yang jerneh dan tenang seakan kolam renang memudahkan anda melihat ikan dari permukaan air. Bagi yang suka memancing, anda juga boleh membawa joran anda untuk memancing.


Penginapan yang terdapat di sana ialah seperti Pulau kapas island resort, Makcik gemuk chalet, pulau kapas qimi chalet dan banyak lagi. Harganya ada yang murah dan ada yang mahal. Bergantung pada keselesaan dan lokasi.


Antara gambar beberapa tempat menarik di Pulau Kapas yang sempat saya rakamkan.

Chalet di Terengganu

Number of View: 297

Pelancong yang ingin menikmati percutian di negeri hitam putih iaitu Terengganu tidak perlu risau akan tempat penginapan mereka kerana selain daripada resort,homestay dan hotel, chalet turut disediakan di sana. Antara chalet yang boleh dijadikan pilihan termasuklah Chalet Teratak SamuderaKita yang beralamat di Lot 2868-C Jalan Pantai Batu Rakit, Kg Pengkalan Maras, 21020, Kuala Terengganu dan Pak Haji Abdullah’s Challets yang terletak di Pulau Duyung. Chalet Teratak SamuderaKita menyediakan 5 buah bilik yang selesa untuk 2 orang sebilik, tetapi boleh memuatkan maksimum 5 orang sebilik. Selain menyediakan banyak kemudahan, chalet ini menawarkan kadar bayaran RM80 untuk semalam penginapan bagi sebuah bilik. Manakala bagi anda yang berminat untuk tinggal menetap sementara di Pak Haji Abdullah’s Challets, anda bolehlah menghubungi Haji Abdullah di talian (6)09- 623 2072 untuk keterangan lanjut.
Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai chalet di Terengganu, sila layari laman berikut:
1) http://samuderachalet.blogspot.com/
2) http://www.journeymalaysia.com/islandduyunghaji.htm

Hotel Seri Malaysia Terengganu
Hotel Seri Malaysia merupakan tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat penginapan anda ketika bercuti di sini. Hotel ini bertaraf 3 bintang serta mempunyai 3 aras. Tempatnya yang strategik di tepi sungai Terengganu pasti memikat hati anda. Jika anda dari stesen bas MPKT, ianya hanya mengambil masa selama 5 minit untuk sampai ke sini. Hotel Seri Malaysia yang terletak di pusat Marang di Kampung Paya menghadap pemandangan Laut China Selatan. Hotel ini menawarkan Wi-Fi percuma, restoran, kolam renang luaran dan tempat letak kenderaan yang percuma. Bilik-bilik tetamu pula berhawa dingin serta dilengkapi dengan TV, bar mini dan pembuat teh/kopi. Perkhidmatan bangun tidur dan kemudahan-kemudahan bilik mandi turut disediakan selain mempunyai perkhidmatan dobi dan kemudahan jamuan. Aktiviti-aktiviti termasuk luncur angin snorkeling, dan memancing. Café Lubuk Mandi yang terdapat di hotel tersebut menghidangkan pelbagai hidangan tempatan dan Barat.

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut berkenaan Hotel Seri Malaysia di Terengganu, sila layari laman berikut:

1) http://ickaa-swift.blogspot.com/2010/09/hotel-seri-malaysia-terengganu.html
2) http://www.booking.com/hotel/my/seri-malaysia-marang-terengganu.ms.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...