Artikel ini dan seterusnya saya akan mengupas lagi daripada buku Malaysia Tourism Map & Guide mengenai cadangan tempat-tempat menarik yang harus anda lawati di Kuala Lumpur. Antara tempat menarik tersebut adalah seperti berikut;
Chinatown
Terletak di salah satu kawasan bandar yang sibuk di Jalan Petaling, Jalan Sultan dan Jalan Bandar. Pasar tersebut dibuka mulai petang sehingga larut malam. Anda perlu tawar-menawar untuk barang yang anda idamkan. Harganya memang murah dan berpatutan. Barang yang dijual dan dipaparkan bermula dari tekstil, barang rumah tangga, peralatan peribadi, buah-buahan dan lain-lain lagi.
Bangunan Sultan Abdul Samad
Dibina antara 1894-1897, merupakan kubah dan ‘clocktower’ sepanjang 41 meter menjadikannya sebagai salah satu bangunan bandar yang paling sering menjadi tarikan untuk dirakamkan menggunakan kamera.
Pasar Seni Budaya
Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang. Bangunan ini banyak menarik pengunjung luar negara untuk mendapatkan cenderamata seperti jam antik, perhiasan, permata, ukiran kayu, batik dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pelbagai persembahan, pertunjukan dipamerkan seperti seperti lukisan batik, tilik nasib, wayang kulit, dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.
Menara Berkembar Petronas
Ketika ini menara ini merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia. Ia terdiri dua menara, yang dihubungkan oleh jambatan. Petronas Twin Towers mempunyai ketinggian 452m dan mempunyai 88 tingkat.
Menara Kuala Lumpur
Terletak di atas Bukit Nenas dan mempunyai ketinggian 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Pengunjung dapat menikmati panorama kota raya dari tempat/dek pemerhatian dan merasi Restoran berpusing. Selain menara telekomunikasi, menara KL juga merupakan stesen televisyen dan radio siaran.
Muzium Negara
Sebuah bangunan indah bercirikan senibina Melayu tradisional berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Menjadi peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan pendokong terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara. Muzium mempunyai sejarah, perkembangan politik, budaya, ekonomi, seni, flora dan fauna negeri ini.
Banyak lagi sebenarnya tempat menarik di Kuala Lumpur. Artikel akan datang saya akan menambah lagi destinasi tempat menarik yang lain pula. Sekiranya anda mengetahui ada tempat menarik di Kuala Lumpur, di harap bolehlah berkongsikan maklumat anda di ruangan komen..



mana tugu negara?? banyak lagi n i mahu tempat-tempat menarik di melaka
anyway thank u
THE INFORMATION IS SHORT,INTERESTING AND NICE.
mana menara klcc ??haaa.kalau macam nie tak bestlah.
emm..leh tahan gak tmpat nie ntie nak p cne la..but ne menara klcc nye??
ermmmm…mcm mne yek nak gi sne???best gok nmpak tmpat tu…huhu..
ermm..
Pew nieh?….bnyaK xdeW la….x besTLA cam nieH!…
about keistimewaan kuala lumpur