Tempat-tempat Menarik di Langkawi

Number of View: 10804

Artikel ini saya akan membongkar pula tempat menarik yang boleh anda kunjungi apabila sampai di Langkawi. Lokasi tempat menarik di Langkawi ini telah saya perolehi dari  sumber risalah dari Kementerian Pelancongan Malaysia. Antara tempat perlancongan yang menari yang boleh anda lawati adalah seperti berikut;

Pekan Kuah
Kuah yang dahulunya sebuah pekan kecil yang memiliki hanya beberapa batang jalan kini membangun sebagai sebuah kawasan yang menempatkan hotel-hotel, kompleks membeli-belah dan aktiviti perniagaan yang berkembang pesat. Kuah menawarkan pelbagai barangan bebas cukai seperti tembakau, kosmetik dan perkakas elektrik pada harga yang menarik.

Dataran Lang
Ia merupakan mercu tanda Pulau Langkawi yang paling jelas kelihatan oleh para pengunjung yang berkunjung melalui laut. Terletak berhampiran Jeti Kuah, tarikan utama dataran ini adalah  seekor helang gergasi yang mengagumkan dalam keadaan sedia meluncur terbang ke udara.

Taman Lagenda

Merupakan taman-taman indah yang dihiasi bungaan tempatan dalam pelbagai warna, tumbuh-tumbuhan dan pokok buah-buahan. Taman seluas 50 ekar ini telah direka dan dihiasi dengan pameran yang mengisahkan mitos dan legenda pulau tersebut. la mengandungi 17 tugu dan setiap satu membawa sebuah kisah yang menarik.

PANTAI KOK, CENANG, TENGAH, DATAI DAN TELUK BURAU, dengan pemandangannya yang indah, amat sesuai untuk bersantai dan bersiar-siar di tepi pantai. Penginapan di pantai-pantai ini terdiri daripada hotel dan resort terkemuka hinggalah chalet yang selesa. Kepelbagaian sukan air di pantai-pantai penginapan di Langkawi menjanjikan keseronokan bagi mereka yang aktif dan lasak.

KOTA MAHSURI dengan sejarah legendanya merupakan kawasan yang cukup penting di Pulau Langkawi dan kini dipelihara buat tatapan generasi akan datang. Terletak kira-kira 12km dari pekan Kuah, Kota Mahsuri ini dibina untuk memperingati kisah seorang wanita bernama Mahsuri yang difitnah dan dihukum bunuh. Menurut legendanya, ketika menjalani hukuman mati, tubuh Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih, sebagai tanda kesuciannya. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mahsuri telah menyumpah pulau itu menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.

Banyak lagi sebenarnya lokasi tempat menarik di Langkawi ini. Antaranya adalah seperti Telaga Tujuh, Tasik Dayang Bunting, Underwater World dan pelbagai lagi tempat menarik yang tidak sempat saya ceritakan di sini. Artikel akan datang saya akan berkongsi lagi tempat menarik yang lain pula. Sekiranya anda pernah mengunjungi tempat menarik di Langkawi, di harap bolehlah berkongsikan cerita anda di s ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Thoughts on “Tempat-tempat Menarik di Langkawi

  1. fatyn farahana on July 14, 2010 at 11:22 am said:

    sy da g da kt cie..
    mmg best glew arh..
    urmm
    sapew xpenah g tue better g la..
    huhu
    urmm
    :P

  2. alexander rulEs on November 2, 2010 at 8:10 pm said:

    aq x nah g at cni . .best ngat kerr

  3. Mohd SO on November 9, 2010 at 11:49 am said:

    Tlg beri peta udara , baru boleh nampak tempat di mana.

  4. sy telah dtg ke langkawi 2 kali dan mmg amat menyeronokkan serta tidak jemu utk di kunjungi lagi kerana byk tempat menarik antaranya pantai cenang,kabel car mat cincang,tempat shoping tanpa cukai,makam mahsuri,makanan pun sedap2,resort yg selesa dan byk lagi.bagi sy byk2 tempat pelancongan yg telah sy sampai tak bleh chalengge pulau langkawi jgk.

  5. boleh ke kita lihat proses gamat dilakukan????

  6. aishahzul on December 9, 2010 at 9:01 pm said:

    sya penah g gak p.langkawi..
    best sgt..
    tp time 2 sya baru darjah 2,s0 mcm g mna2 p0wn sr0nok..
    nek kabek car,g akuarium,
    g makam mahsuri..
    thn nie aku nk g gak..
    insyaallah
    tp k0rang mesti g k…
    mesti gempak

  7. aishahzul on December 9, 2010 at 9:03 pm said:

    salam.
    sya penah g gak kat langkawi..
    wal0p0wn time 2 bru darjah 2,tp mmg bez..
    k0rang mesti g k

  8. Fahmi on April 12, 2011 at 7:36 pm said:

    sye suke sgt g langkawi..
    klau ade mse nk g lgi la…
    korg p0wn msti g yer..
    lngkawi mmg tmpt yg mnarik dgn pulau nyer

  9. shukri on August 12, 2011 at 2:30 pm said:

    Langkawi tempat tumpah darah ku. Memang amat selesa & damai tinggal disini. Datanglah bercuti & anda akan pasti berpuashati. Banyak tempat yg menarik utk dikunjungi. Hubungi saya sekiranya anda perlu bantuan atau pandangan.sbfadzil@yahoo.com atau facebook Shukri Fadzil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>