Tempat-tempat Menarik di Pahang

Number of View: 8931

Artikel ini saya akan mengupas lagi daripada buku Malaysia Tourism Map & Guide dan sedikit info yang diambil di laman web Kementerian Pelancongan Malaysia mengenai cadangan tempat-tempat menarik yang harus anda lawati di negeri Pahang. Antara tempat menarik yang boleh anda lawati adalah seperti berikut;


Cameron Highlands
Iklim sejuk, ladang strawberi dan teh serta bangunan gaya Tudor di stesen peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia pasti menawan hati pelancong.
Taman Negara
Taman negara yang pertama dan tertua di negara menawarkan pelbagai jenis aktiviti berkaitan eko-pelancongan yang menyeronokkan.
Bukit Fraser
Pekan Bukit Fraser ini menawarkan trek hutan, padang golf yang hebat, tempat penginapan yang selesa serta ladang buah strawberi yang menyeronokkan.
Gunung Senyum
Merupakan salah satu gua yang menarik untuk dijelajah dan dieksplorasi seperti berkhemah dan melakukan kajian saintifik. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang dikatakan mempunyai nilai perubatan
Pulau Tioman
Pulau Tioman yang berbentuk mirip seekor penyu adalah pulau terbesar dan yang paling menarik di antara pulau-pulau di perairan pantai Timur.
Taman Rimba Kenong
Taman Rimba Kenong yang mempunyai keluasan 120 km persegi ini merupakan kawasan hutan hujan tanah rendah yang landai hingga ke bukit batu kapur yang bersempadan dengan Taman Negara.
Pantai Cherating
Kampung Cherating yang tenang mempunyai suasana santai, pantai yang bersih dan makan laut yang lazat.

Banyak lagi sebenarnya destinasi percutian dan tempat menarik di Pahang. Artikel akan datang saya akan cuba menambah lagi tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Sekiranya anda pernah lawati tempat menarik di Pahang, di harap bolehlah memberi cadangan bagi menambahkan lagi tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Thought on “Tempat-tempat Menarik di Pahang

  1. mohd zuhir on August 14, 2011 at 9:09 am said:

    saya rasa tempat yang paling menarik ialah Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>