Artikel kali ini dan seterusnya saya akan kupas sedikit daripada buku Malaysia Tourism Map & Guide mengenai cadangan tempat-tempat menarik yang harus anda lawati di negeri Selangor. Antara tempat menarik tersebut adalah seperti berikut;
Kuala Lumpur International Airport
Kuala Lumpur International Airport (KLIA) terletak di Sepang, dibuka pada tahun 1998. Lokasinya adalah sekitar 50 kilometer dari ibukota, Kuala Lumpur. KLIA dibina dengan kos $ 3.5 billion.
Pulau Ketam
Pulau ini merupakan kampung nelayan yang menarik pengunjung dengan suasana desa yang unik. Anda boleh manaiki bot, menginap di homestay, memancing dan melihat burung.
Sunway Lagoon
Sunway Lagoon merupakan taman tema air pertama air bakuyang terdapat di Malaysia. Banyak sukan dan permainan yang berasaskan air terdapat di sana. Anda juga boleh membeli belah dan menginap di hotel.
Batu Caves
Terletak 15 km sebelah utara Kuala Lumpur. Sebuah tarikan pelancongan yang popular, terutama ketika festival Hindu – Thaipusam, yang jatuh pada akhir Mac setiap tahun. Kuil Hindu terletak di Gua Utama yang mempunyai 272 anak tangga.
Mines Wonderland
Sebuah taman yang menarik dengan tema Musical Fountain, Rumah Salju, trem, dan pelbagai jenis permainan . Pada malam hari gemerlapan anda boleh merasai susasa yang menakjubkan dengan persembahan multimedia dan cahaya laser.
Paya Indah Wetlands
Merupakan taman eko-pelancongan seluas sekitar 3.100 hektar yang terletak di Kuala Langat. Tempat ini menggabungkan teknologi pertanian moden bagi mencipta suatu ekosistem yang seimbang.
Zoo Negara
Merupakan zoo kebangsaan pertama di Malaysia. Ia telah dibuka pada tahun 1963. Sampai sekarang, zoo negara dimiliki dan dikendalikan oleh Zoological Society Malaysia. Zoo Negara merupakan tarikan yang menarik untuk dilihat oleh pengunjung.
Litar Antarabangsa Sepang
Litar Antarabangsa Sepang merupakan litar sukan motor Malaysia yang terbaik dan mempunyai kemudahan terbesar dari jenisnya di dunia. Litar ini boleh menampung 130,000 penonton pada satu-satu masa.
Banyak lagi sebenarnya tempat menarik di negeri Selangor. Artikel akan datang saya akan cuba berikan maklumat mengenai tempat menarik yang lain pula. Sekiranya anda mengetahui ada tempat menarik di Selangor, di harap bolehlah berkongsikan maklumat anda di ruangan komen.



i-c ty
kawasan yang digelar taman cahaya kerana mempunyai lampu-lampu yang meliliti pokok,bangunan dansebagainya membuatkan ianya kelihata hidup dan bercahaya.ianya dibuka pada waktu malam dan terletak di klang,selangor.
wet world
terletak di shah alam.wet world merupakan taman tema air yang sangat menyeronokkan.terletak bersebelahan dengan tasik shah alam dan akuaria.jadi keluarga boleh juga melawati kawasan tersebut.yang pasti,pengunjung akan merasa puas apabila memasuki ke kawasan wet world.
wet world
terletak di shah alam.wet world merupakan taman tema air yang sangat menyeronokkan.terletak bersebelahan dengan tasik shah alam dan akuaria.jadi keluarga boleh juga melawati kawasan tersebut.pengunjung pasti akan merasa puas apabila memasuki ke kawasan wet world.
shah alam
shah alam merupakan daerah yang tidak terlalu besar,jadi pelancong bolehleh melancong di satu shah alam,banyak tempat menarik yang dapat dilawati di shah alam antaranya ialah muzium shah alam,wet world,i city,perpustakaan shah alam dan banyak lagi. ianya tentu menyeronokkan dan hanya memerlukan sedikit perbelanjaan.
I-city terletak di shah alam bukan di klang. Shah alam sek 7. Betul2 depan my house. Very nice place. Percayalah..malam minggu will trafic jam. better come early. entrance rm10. bring your camera.. dont forget…!
akuarium shah alam
ada satu lagi tempat menarik di shah alam yg belum diketahui ramai terletak bersebelahan dng wet world s.alam bhg depan menjual ikan hiasan berjenama,dibhg belakang terdapat sabuah akuarium yg sunggoh menarik & mempersonskan jika anda ke wet wold jgn lupa singgah pasti terpesona
bagan lalang…kawasan pantai yg menarik disamping gerai2 jualan serta restoran seafood yg nyummy!!!
Menara Tinjau di Bukit Ampang..Sangat menarik dan strategik.Dapat melihat pemandangan Kuala Lumpur secara penuh,lebih menarik kalau pergi waktu malam..Makan kat sana pun sedap2…Sekarang ada satu Restaurant makanan arab baru buka..dah try,mmg sedap.
u all pat p but chek xpat p..wawawawa..sdih nye..
ringkas, senang difahami….keep it up..! kat selangor ni..mcm2 je ada…kan…itulah ramai org memilih malaysia sebagai tempat pelancongan yg mmg dahsyat! anyway…bagus juga ye…yg korang post artikel-artikel cam ni….lain kali senang laa….!!
tak bes pun
pantai morib
best…tryla gi sane.mcm-mcm ade …..:0
fuf! bile dapat bercuti nie
bukit jugra sebagai tempat bermainan luncur udara bagi negeri selangor.sesiapa yg teringin mari mendaftar sebagai ahli.
bila lah dpt bercuti di selangor
nanti kami akan perbecuti di selangor
dengan kawan-kawan saya.