Tempat-tempat Menarik di Terengganu

Number of View: 50104

Artikel ini saya akan membongkar lagi destinasi tempat menarik yang boleh anda kunjungi apabila menjejakkan kaki di negeri Terengganu. Lokasi tempat menarik di Terengganu ini telah saya perolehi dari sumber risalah dari Kementerian Pelancongan Malaysia. Antara tempat perlancongan atau percutian yang menarik yang boleh anda lawati banyak terdapat di Pulau-pulau di luar pantai Terengganu yang dikelilingi air jernih dan hidupan laut . Lautan yang terbentang luas, hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan panorama matahari terbenam yang indah pasti menjadikan percutian anda sesuatu yang bermakna.

Pulau Redang menyediakan paling banyak kemudahan percutian dan penginapan, termasuk dua pusat peranginan besar dan beberapa chalet lebih kecil yang terletak di tepi pantai. Pulau Redang terkenal kerana keindahan pantainya dan tempat-tempat menyelam yang menarik. Pelawat boleh menerokai 31 tapak menyelam, menyertai sukan pantai, berpesta dan menari sepanjang malam di Pasir Panjang, mendapatkan rawatan spa dan menikmati barbeku makanan laut yang segar. Anda boleh menaiki bot atau pesawat untuk ke pulau ini.

Pulau Perhentian Besar dan Kecil juga menawarkan tempat-tempat menyelam yang menakjubkan di celah-celah batu besar yang memagari teluknya. Air laut yang jernih, dengan daya penglihatan yang jelas dan terumbu karang yang indah, menjadikan Pulau Perhentian pilihan ramai penyelam veteran. Pengalaman menyelam sambil berenang bersama pari, yu karang dan barakuda pasti menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan. Berhampiran pantai. anda boleh memerhati penyu bertelur di teluk, memberi makan ikan atau duduk bersantai di bawah matahari sambil menghirup udara laut yang segar.

Jika anda mencari destinasi percutian yang lebih terpencil, Pulau Lang Tengah mungkin menepati kehendak anda. Airnya yang hijau muda sangat jernih dan ikan-ikan berenang hingga hampir ke pantai, tanpa menghiraukan kehadiran manusia.

Pulau Bidong terletak dalam perairan yang tenang, dengan beberapa tempat terpencil untuk berenang, bersiar-siar dengan bot dan menyelam snorkel. Sebuah tugu dibina di sini untuk memperingati pelarian Vietnam yang mendapatkan perlindungan sementara di pulau ini.

Di sebelah Pulau Kapas, terletak Pulau Gemia atau Gem yang menawarkan sebuah lagi tempat percutian pantai yang indah dengan kawasan pedalaman yang berbukit-bukau yang tidak disentuh dan dibiarkan berhutan untuk memelihara hidupan liar.

Pantai Batu Buruk di bandar Kuala Terengganu pula  dilengkapi taman permainan, bangku dan gazebo, menjadikannya sebagai tempat pertemuan dan menjamu selera yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan minuman yang pelbagai rasa.

Banyak lagi sebenarnya tempat menarik yang terdapat di Terengganu ini.  Belum lagi tempat makan yang menarik. Nak diceritakan ke semuannya di sini memang tak habis. Artikel akan datang saya akan berkongsi lagi tempat menarik yang lain pula. Sekiranya anda pernah mengunjungi tempat menarik di Terengganu, di harap bolehlah berkongsikan pengalaman percutian anda di s ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Thoughts on “Tempat-tempat Menarik di Terengganu

  1. mdnoor on July 13, 2010 at 1:17 pm said:

    Tandas masjid ladang tak ubah seperti tandas tanpa tuan. Bau nya lebih teruk daripada tan das awam di stesyen Bas K.terengganu atau lain -lain tempat. banyak peralatan tandas rosak dan pecah. mengapa tak tukar. Inikah masjid yang di dbaiki denga n kos 6 Juta ?.

  2. terengganu memang tempat menarik……TAPI kalau bab tandas…..loya!!!!!!!!!geli geleman tekak ni wehhh!!!!

  3. uuuuuuu….best nye tengganu rgie sape yg x pegi:)

  4. terengganu memg bnyk tempat menarik…klu air terjun…kat sekayu ada, taman pertanian sekayu,lata tembakah n lata belatan di besut, kat trg jugk ada tasik kenyir bg yg minat memancing n camping….pasal tandas kat masjid ladang tu…sy pun akui…entah kenapa masjid tu kotor sgt…mcm xde org yg selenggara….tp bila sebut bab tandas ni..ingt sy pd tandas di rantau panjang kelantan…tmpt pelancongan…usah ke tandas…tempt nk amik wuduk pun berbau najis…wekkkk smpai munth2 sy nk amik wuduk…smpi skrg, serik dh nk g solat d surau kat rantau panjang…apa yg sy tau,,sepanjng melancong di trg..jarang jumper masjid yg kotor berbanding pabila melancong d kelantan…terengganu adalah bandar warisan persisir air….

  5. memang pun..sya pernah brtugas di kelantan berapa kali..masih tak berubah sikap mereka ni..pengotor tak tau jaga kebersihan..tak reti nk berkemas..harap muka sje lawa comel lote..tpi tabiat hampeh…

  6. tp cuba pergi daerah besut di kg raja. dekat dengan pasar kampung raja…..fuhh tandasnya macam bilik tidor…siap ada langsir lg….memang tabik giler kat penjaga tandas kat situ

  7. sya johor on January 1, 2011 at 1:53 pm said:

    tempat dah menarik n dah jadi tarikan pelancong tapi kalau macmni lah kebersihan yang ditunjukkan kepada para pelancong luar semestinya membawa pandangan buruk terhadap kebersihan yang ada dalam masyarakat malaysia. diharapkan kepada semua masyarakat sama2 kita pelihara kebersihan. x rugi apa2 pon kan?

  8. Bab tandas ni saya fikir ia bergantung kepada keprihatinan pihak yang bertanggungjawab menjaganya, kalau mereka yang ambil peduli soal kebersihan pastilah tandasnya terjaga. Masalahnya banyak tempat (bukan kat Trengganu saja) yang tandasnya kotor. Setakat yang saya perasan, cuma tandas2 di Hentian2 PLUS saja yang saya boleh berpuas hati. Banyak tempat pelancongan yang tandasnya teruk.
    Akhir tahun lepas saya ke K. Kinabalu, keadaannya sama bermula dari tandas ‘airport’, masjid2 besarnya, hingga ke tandas di tempat2 pelancongannya – kampung budaya, muzium dll.
    Kami cadang nak ke Trengganu pertengahan tahun ni, nampaknya kena pesan kat semua peserta rombongan, nak ke mana2, pastikan ke tandas di tempat penginapan dulu.
    Kena bagitahu kepada pihak berwajib di Trengganu ni..

  9. SAM99 REMBO on June 4, 2011 at 9:12 am said:

    SALAM UNTK SEMUA.SAYA DAH JELAJAH 1 MALAYSIA.MASALAH TANDAS KOTOR DAN PESING NI.D TEMPAT AWAM MEMANG DAH JADI LUMRAH.YANG PENTING KERJA SAMA DARI SEMUA PEHAK.JIKA SEMUA ADA SIKAP PEMBERSIH PASTI NEGARA KITA BERSIH.KITA CERMIN DIRI KITA DULU.JIKA OK.MAKA OK LAH.DARI 32JUTA RAKYAT MALYSIA.SAYA RASA TAK SAMPAI 10% YANG ADA SIKAP PEMBERSIH.MAKA KERAJAN MESTI BANYAK MEMBUAT KEMPIN KESEDARAN PENTING NYA KEBERSIHAN.NEGARA BERSIH MAKA RAKYAT SIHAT.MALAYSIA KAN BOLEH.

  10. shaffiq on June 21, 2011 at 3:44 pm said:

    saya x prnah prgi terengganu la

  11. SK PILIN REMBAU NS on June 29, 2011 at 2:24 pm said:

    cadang nak bawa murid lawat tganu. mana tempat tenuna songket yang menarik di kt

  12. kalau cite bak tandas ni dah byk tempat di mlaysia ni saya pergi.ada pro dan kontranya,ada yg elok dan tak elok.saya sbagai tourist guide dah tentu byk pengalaman yg diperolehi.jgn kerana kerbau seekor habis yg lain terkena lumpur sama,jadi dlm hal bgini tepuk dada tanya iman

  13. na..na…na..ganu kito………

  14. Pingback: jubah fashion

  15. i thing on February 6, 2012 at 11:38 am said:

    sya cadangkan kerajaan tubuhkan polis khas untuk saman semua pesalah laku yg tidak bertanggungjawab dengan kebersihan,bukan apa lau di perhatikan balik malaysia ni kalau dengar jerk saman baru lah takut..dan buat penjaga tandas you all pun kena prihatin sebab kita org dah bayar beb Nak mandi RM1.00 nak buang air kecil pun RM.60 sen tapi tandas kotor n rosak..

  16. Pingback: public relations definition

  17. Rashidi Hassan on April 24, 2012 at 2:33 pm said:

    Orang terengganu pengotor. Sebelah tahi pun boleh tidur

  18. Pingback: Tempat menarik di Terengganu | Tempat Menarik di Malaysia !!

  19. abu bakar on May 28, 2012 at 7:33 am said:

    TANDAS ADALAH UNTUK KEGUNAAN MANUSIA, BUKAN HAIWAN, JADI KALAU KITA
    SEDAR PERKARA INI TENTUNYA BILA KITA NAK KELUAR TANDAS, CUBA TOLEH KEBELAKANG PASTIKAN KITA TIDAK MENINGGALKAN SESUATU ATAU KOTORAN YANG BELUM KITA BERSEHKAN.MALULAH KALAU KITA SEDANG KELUAR ADA ORANG YANG TUNGGU NAK MASUK, DAN KEBETULAN KITA LUPA NAK FLUSH,ATAU MENINGGALKAN KOTORAN, TENTU MEREKA AKAN KATA FUUHH MACHAM HAIWANNNN.

  20. Saya adalah anak jati negeri Terengganu. Isteri saya pun anak jati Terengganu. Kami dah lama tinggal di Kuala Lumpur bersama dengan cahaya mata kesayangan,tapi tiada tempat yang dapat setanding tempat asal kami. Anak saya pun lahir di Terengganu. Kalau saya nak bandingkan dengan negeri lain, saya rasa negeri Terengganu adalah yang terbaik.Ambil contoh pantainya cukup lah. Pasir yang bersih. Cuba pergi Pulau Perhentian atau Pulau Redang, mesti tak terkata BEST nya… Mari Pakat Gi Ganu Belake Seme. Hok Mana Yang Rase Die Bandor, Rase-rase lah Care Hidup Kapung Skit…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Protected by WP Anti Spam