Tempat Menarik di Malaysia

Number of View: 6020


Malaysia, bumi yang bertuah kerana memiliki kepelbagaian budaya, dan pelbagai tempat menarik yang terdapat di Malaysia. Anda akan temui dan kagum dengan gabungan kepelbagaian masyarakat di Malaysia yang terdiri dari melayu, cina, India, dan pelbagai suku kaum serta komuniti etnik di Sabah dan Sarawak. Alami kepesonaan dan keajaiban Negara ini yang terdiri dari bangunan pencakar langit yang mengagumkan, pantai dan pulau yang mempesonakan serta jutaan flora dan fauna yang menakjubkan.

Malaysia adalah destinasi percutian mempesonakan yang menawarkan pilihan yang mampu memenuhi pelbagai cita rasa. Ada tiga destinasi utama yang berbeza yakni Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Sering kali para pelancong kagum melihat Negara yang pesat membangun ini masih kaya dengan kepelbagaian tradisi budaya.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terletak berhampiran dengan ibu negara ialah pintu masuk utama ke negara ini. Lapangan terbang utama lain ialah Langkawi, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching. Bandar raya kosmopolitan Kuala Lumpur atau KL dengan megah memperagakan menara kembar tertinggi di dunia yang mencecah awan pada ketinggian 452m.


Hamparan pantai Malaysia yang memanjang dan tersulam dengan kepulauan berpinggirkan untaian karang menyempadani Selat Melaka ke arah barat dan Laut China Selatan ke arah timur. Hasilnya, Malaysia dianugerahi pantai yang indah mempesona dan pulau-pulau seperti Langkawi, Tioman dan Pangkor menjadi destinasi peranginan tersohor di dunia. Pulau Pinang pula masyhur kerana sejarahnya, keheningan pantainya dan kepelbagaian budayanya. Melaka di sebelah selatan juga mempunyai kemasyhuran sejarah serta terkenal dengan muziumnya di samping keunikan komuniti Baba-Nyonyanya. Pantai timur semenanjung yang menawan dengan gaya hidup santainya, menjadi lubuk budaya bumi bertuah ini.
Negeri Sabah dan Sarawak menggamit pencinta alam dan pengembarayang menggemari cabaran. Temuilah hidupan marin yang pesat membiak dan hutan tropika tebal ketika anda menjelajahi dunia marin dan hutan dara Borneo.
Malaysia mempunyai banyak lagi  tempat yang menarik. Percutian selama dua minggu hanya mengetengahkan sekilas pandang keajaiban bumi Malaysia. Pastinya, semuaorang ingin kembali untuk menikmati lebih banyak pengalaman di Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Thoughts on “Tempat Menarik di Malaysia

  1. gambar nombor 2 itu macam best

  2. Lawati Laman Kami : http://parangjohnny.blogspot.com/ TUKANG PARANG SIBU SARAWAK – PARANG ILANG IBAN , PARANG NYABOR, PARANG LAPAH DAN TERABAI Kami menerima tempahan Parang Ilang & Terabai, Parang Nyabor,Parang Sarawak dan Terabai Sarawak. Tukang Parang kami berpengalaman dalam hasil kerja tangan sarung kraf serta ukiran besi parang yang telah menerima Anugerah Khas-Tukang Ulung pada Hari Kraftangan Kebangsaan 2011 anjuran pihak Kraftangan Malaysia. Hubungi Johnny Barangan (013-8437611) untuk tempahan dan pertanyaan.Alamat Bengkel Kami : Rmh Singgai Pasai Bon, Batu 16 Jalan Oya, 96000 Sibu, Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>