Tempat Menarik di Negeri Sembilan

Number of View: 6298

Perjalanan melalui Lebuh raya Utara-Selatan dari Kuala Lumpur menghala ke Johor hanya mengambil masa selama empat jam. Dalam perjalanaan ke sana, Negeri Sembilan dan Melaka menggamit pengunjung dengan pelbagai tarikan

Di Negeri Sembilan, seni bina Minangkabau, dengan bumbung berbentuk tanduk yang unik yang dibina sejak abad ke 17 Sumatra, menjadi reka bentuk yang mendominasi bangunan di ibu negerinya, Seremban. Saksikan betapa gahnya bumbung bercabang dua sama seperti tanduk kerbau ini.

Sri Menanti ialah bandar diraja yang terletak 40km dari timur Seremban. Yang menarik di sini ialah Istana Lama Sri Menanti yang kini dijadikan muzium yang menempatkan senjata, kostum dan kamar pengantin diraja.

Port Dickson atau ‘PD’ adalah pekan kecil yang menjadi pintu masuk ke pantai yang terhampar sejauh 16km ke Tanjung Tuan (Cape Rachado) di selatan. Keredupan pantainya dan kedudukannya yang hampir dengan Kuala Lumpur serta makanan lautnya yang lazat menarik pelancong bercuti ke sini. Pantai yang dibarisi pepohon ru seperti di Bagan Pinang. Teluk Kemang dan Blue Lagoon menempatkan banyak hotel, apartmen, restoran, kedai cenderamata dan padang golf.

Sukan perahu layar diperkenalkan kepada Malaysia di Port Dickson. Perairannya yang tenang amat sesuai untuk pengalaman pelayaran yang sempurna. Admiral Marina dan Leisure Club menawarkan kemudahan sukan perahu layar yang hebat.

Di Tanjung Tuan, laluan yang menyeronokkan ke dalam hutan membawa pelancong ke rumah api yang bersejarah, lokasi ini antara yang terbaik untuk menyaksikan burung Honey Buzzard dan burung penghijrah lain yang berhijrah dari Eropah ke Australia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Thought on “Tempat Menarik di Negeri Sembilan

  1. tq 4 the information

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>