
Kedah juga menjanjikan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Tidak rugi jika anda memilih negeri Kedah satu destinasi percutian atau destinasi pelancongan anda jika berpeluang ke sana. Ini kerana Kedah mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik lagi bersejarah. Ibu kota Kedah, Alor Star misalnya; telah melahirkan ramai pemimpin negara seperti Perdana Menteri Malaysia pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad. Antara tempat menarik yang lain ialah seperti;
Balai Besar yang dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah. Dinding, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu. Balai Nobat pula dibina setinggi lapan meter dan lima meter lebar. Ia menyimpan pelbagai khazanah peralatan muzik diraja, antaranya serunai, nafiri, gendang dan gong. Galeri Seni Lukis pula menghimpunkan pelbagai hasil seni termasuk seni lukis, fotografi, pertukangan tangan dan peralatan muzik.
Muzium Diraja Kedah pula merupakan Bangunan yang diperbuat daripada kayu dan dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah pada 1735. Tunku Abdul Rahman dilahirkan dan dibesarkan di bangunan bekas istana ini.
Bagi yang beragama Islam, anda boleh melawati dan bersolat di Masjid Zahir yang dibina pada tahun 1912 sebagai penghargaan kepada Tunku Mahmud Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Menara Alor Star salah satu tempat yang juga menjadi tarikan pelancong. Ia terletak di tengah bandaraya Alor Star dengan ketinggian 165.5 meter. Ia adalah lambang kemodenan dan kepesatan pembangunan di Kedah. Ia berfungsi sebagai menara telekomunikasi.
Setelah penat berjalan, anda boleh pergi ke Pekan Rabu untuk menjamu selera dan membeli pelbagai cenderahati untuk di bawa pulang. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan termasuk pakaian, kraftangan dan makanan tradisional. Pekan Rabu terletak berdekatan bangunan jabatan kerajaan. Walaupun namanya Pekan Rabu, perniagaannya dibuka setiap hari berikutan sambutan orang ramai.
Banyak lagi sebenarnya tempat menarik yang terletak di negeri Kedah ini. Antara yang boleh saya sebutkan ialah seperti; Terusan Wan Mat Saman yang menghubungkan Sungai Kedah di Alor Star dengan kaki Gunung Jerai di Gurun, Sungai Petani, di selatan Kedah. Banyak sejarahnya disebalik terusan ini. Selain itu, anda boleh mandi manda di Air Panas Ulu Legong ,Baling; Lata Bukit Hijau, Lata Bayu, Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim , Kulim, Air Terjun Perangin di Sik, Air Terjun Junjung, Kulim; Lata Mengkuang, Sik; Air Terjun Lembah Bujang, Merbok; Rekreasi Tupah, Merbok dan tidak ketinggalan juga menikmati keindahan alam semulajadi di Gunung jerai.
Gunung Jerai menjanjikan lokasi percutian menarik dengan keindahan bunga, deruan air terjun dan persekitaran nyaman. Jika anda ingin menikmati kelainan termasuk melihat bunga mangkuk beruk dan bunga kembang tiga bulan serta menghirup udara segar, bertandanglah bersama keluarga ke puncak Gunung Jerai, destinasi peranginan terkenal di Kedah.

Kalau nak melawat Negeri Kelantan, bolehlah hubungi kami dgn email ke melawatkelantan@yahoo.com terdapat tempat yg menarik seperti :
A. ZON SEJARAH
i. Makam Cik Siti Wan Kembang
Makam Cik Siti Wan Kembang terletak di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB). Lokasi makam hanyalah 2 kilometer dari Jalan Pantai Cahaya Bulan. Ia terletak di sebuah pondok yang usang dan dikelilingi oleh tanah perkuburan Islam.
ii. Tokong Mek Temple
Tokong Buddha dikenali sebagai Tokong Mek Temple yang terletak di Kampung Cina, Jalan Pantai Cahaya Bulan. Tokong Mek Temple adalah antara tokong yang tertua di Asia. Telah dibina pada tahun 1787 dan menjadi kebanggaan penganut Buddha di Kampung Cina, Kelantan malah di Asia. Tokong ini telah mencecah usia 220 tahun.
B. ZON KRAFTANGAN DAN INDUSTRI DESA (COTTAGE)
i. Songket
Perusahaan menenun kain songket diusahakan sebagai perusahaan “cottage” yang mana ianya dijalankan di rumah pengusaha sendiri dengan menggunakan tangan serta alat-alat tradisional. Penghasilan songket terdapat di Kampung Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan. Ia dikenali sebagai “pakaian emas” songket pernah digunakan oleh golongan kerabat D’Raja dan dipakai bersama perhiasan emas dan perak pada majlis keramaian dan perkahwinan.
ii. Batik
Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di Negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Negeri Kelantan kaya dengan hasil seni batik dan terkenal dengan perusahaan mencanting batik. Kain-kain batik umumnya diperbuat di atas kain-kain putih yang dibuat daripada benang-benang biasa seperti kain-kain cambric, lawn dan voile serta sutera. Batik juga mempunyai corak yang unik dan berlainan serta dihasilkan dengan pelbagai teknik iaitu canting dan pukul bagi menyerlahkan kecantikannya.
iii. Seni Ukir
Orang Melayu Kelantan amat kaya dengan seni ukir seperti ukiran kayu, emas, perak dan tembaga. Salah satu seni ukir yang termashyur di Kelantan ialah seni ukir perak. Produk perak dan pewter terkenal dengan kehalusan seni dan ketulenan rekabentuk seperti kerongsang, mangkuk dan perhiasan rumah. Setiap ukiran pada keris mempunyai makna-makna tertentu. Perusahaan mengukir ini dijalankan di Kampung Badang.
iv. Wau
Wau yang berasal dari Kelantan telah menjadi ikon yang terkenal di seluruh negara. Wau Bulan adalah antara wau yang paling menarik dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Kelantan kerana ukiran dan rekabentuk yang cantik dan direka indah. Perusahaan membuat wau terletak di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan dan Kampung Badang, Jalan Kuala Besar.
v. Keris
Keris merupakan senjata tradisional orang Melayu pada zaman yang meliputi seni tempa, seni ukir, seni pahat dan seni bentuk. Hulu keris diukir daripada kayu dan gading. Keris mempunyai pelbagai corak dan rekabentuk yang unik. Setiap ukiran yang terdapat di keris mempunyai makna-makna tertentu. Tempoh pembuatannya agak lama untuk disiapkan kerana ukiran-ukirannya yang halus dan berseni. Tidak ramai tukang yamg mahir mengukir keris di Malaysia. Salah seorang ialah En. Rusman yang dikenali dengan May Keris. Perusahaan May Keris terletak di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan.
vi. Jagung
Jagung ditanam secara kecil-kecilan di Kampung Penambang dan dijual di tepi jalan. Keistimewaannya adalah terdapat sebanyak 14 gerai menjual jagung sepanjang jalan di Kampung Tikat. Ia juga direbus di gerai jualan bagi menarik lagi pelanggan untuk datang ke gerai tersebut kerana ia dapat dinikmati panas-panas.
vii. Keropok
Keropok merupakan makanan kegemaran masyarakat Pantai Timur. Selain itu kaedah memperoses keropok yang dibuat di Negeri Kelantan berbeza berbanding negeri-negeri lain. Antara tempat-tempat membuat keropok di Kelantan ialah Kampung Kedai Buloh, Jalan Kuala Besar. Keropok diperbuat daripada ikan-ikan yang segar. Terdapat pelbagai jenis keropok seperti keropok lekor, keropok keping, keropok segera dan pelbagai lagi.
viii. Ikan Segar
Terdapat 2 tempat pendaratan dan jualan ikan segar di Zon Warisan ini iaitu Pasar Gok Kapor bagi nelayan kecil dan LKIM Kuala Besar bagi nelayan laut dalam. Waktu pendaratan dan jualan ikan segar bermula pada pukul 5 petang hingga 8 malam.
C.ZON PERKAMPUNGAN
i. Inap Desa (Homestay)
Di Zon Warisan terdapat beberapa buah kampung seperti Kampung Kijang, Kampung Banggol, Kampung Mek Mas dan banyak lagi. Antara aktiviti yang dijalankan di kampung ini ialah kerja-kerja kampung seperti menanam jagung, menenam sayur-sayuran, menguruskan dusun, mencanting batik, membuat keropok dan sebagainya bagi menyara kehidupan mereka. Program inap desa dapat menarik pelancong untuk merasai pengalaman menjalankan aktiviti desa.
ii. Urut tradisional
Mengurut telah dipraktikkan sejak turun temurun oleh nenek moyang. Urut tradisional ini merupakan satu kaedah perubatan tradisional untuk menghilangkan lenguh dan sakit otot. Terdapat pelbagai cara mengurut seperti urutan tangan, sendi, otot, tulang belakang, kaki dan sebagainya. Ia juga dipercayai dapat mengelakkan pelbagai penyakit.
E. ZON EKO (ALAM SEMULAJADI)
i. Pantai Cahaya Bulan
Pantai Cahaya Bulan merupakan tempat rekreasi semulajadi yang menarik dan sangat popular di Kelantan. Terdapat pelbagai kemudahan di pantai ini seperti resort, chalet, hostel, gerai-gerai makan yang menyelerakan serta surau untuk beribadat.
ii. Pantai Mek Mas
Berbeza dengan Pantai Cahaya Bulan, Pantai Mek Mas agak terpinggir daripada pembangunan kerana lokasinya yang agak jauh iaitu daripada Jalan Pantai Cahaya Bulan. Pantainya indah dan belum terusik, amat berpotensi dijadikan tarikan pelancongan.
iii. Sungai Keladi
Sungai Keladi dan Sungai Budor terletak di pintu masuk ke Zon Warisan. Sungai ini amat berpotensi untuk dijadikan pusat aktiviti riadah dan tarikan pelancong kerana lokasinya yang strategik.
melawatkelantan@yahoo.com ( pak yie )
Bila sudah sampai di kota setar jangan lupa bawa pulang pengalaman di muzium padi , pusat sains dan rumah mini malaysia kesemuanya berdekatan
terima kasih.