Tempat-tempat Menarik di Sabah

Number of View: 16104

Artikel ini saya akan mengupas lagi daripada buku Malaysia Tourism Map & Guide mengenai cadangan tempat-tempat menarik yang harus anda lawati di negeri Sabah. Antara tempat menarik yang boleh anda lawati adalah seperti berikut;

Sepilok Orang Utan Sanctuary
Ia adalah salah satu destinasi pelancongan terletak di 25 km dari bandar Sandakan, Sabah Malaysia. Ini adalah tempat yang terbesar di dunia bagi Pusat Rehabilitasi Orang Utan. Kawasan ini seluas 11,000 hektar hutan dara telah disisihkan bagi kawasan perlindungan Orang utan. Di sinilah Orang utan yang telah tersesat ke kawasan hutan diselamatkan.

Gua Gomantong
Gua Gomantong yang berjarak sekitar 32km selatan Sandakan, adalah rumah bagi lebih daripada satu juta burung Walet. Dalam gua, burung membina sarang mereka tinggi pada dinding dan atap gua. Sarang ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Sungai Kinabatangan
Sungai Kinabatangan adalah sungai terpanjang di Sabah dan merupakan hotspot bagi kepelbagaian kehidupan mamalia dan burung. monyet, Orang utan liar, buaya muara, kucing liar dan dan pelbagai lagi spesies yang paling menarik dan luar biasa yang menduduki hilir dataran sungai tersebut.

Poring Hot Springs
Poring Hot Springs terletak di sempadan selatan Kinabalu Park. Jika anda ingin ke sana, perjalannya lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu atau 40km dari Taman Kinabalu. Tempat ini boleh merehatkan badan anda yang keletihan setelah puas berjalan di Kota Kinabalu. Terdapat banyak kolam air panas yang menarik di sini.

Pulau Sipadan
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau ini merupakan tempat yang diakui oleh penyelam antarabangsa dan pembuat filem terkenal Jacques Cousteau sebagai salah satu tempat menyelam terbaik di dunia. Jika anda berkesempatan ke sana, di harap bolehlah kongsikan cerita anda di sini.

Banyak lagi sebenarnya destinasi percutian dan tempat menarik di Sabah. Artikel akan datang saya akan cuba menambah lagi tempat menarik yang lain pula. Sekiranya anda pernah lawati tempat menarik di Sabah, di harap bolehlah memberi cadangan supaya lebih ramai orang lagi akan menghargai tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia.

Tempat-tempat Menarik di Terengganu

Number of View: 39551

Artikel ini saya akan membongkar lagi destinasi tempat menarik yang boleh anda kunjungi apabila menjejakkan kaki di negeri Terengganu. Lokasi tempat menarik di Terengganu ini telah saya perolehi dari sumber risalah dari Kementerian Pelancongan Malaysia. Antara tempat perlancongan atau percutian yang menarik yang boleh anda lawati banyak terdapat di Pulau-pulau di luar pantai Terengganu yang dikelilingi air jernih dan hidupan laut . Lautan yang terbentang luas, hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan panorama matahari terbenam yang indah pasti menjadikan percutian anda sesuatu yang bermakna.

Pulau Redang menyediakan paling banyak kemudahan percutian dan penginapan, termasuk dua pusat peranginan besar dan beberapa chalet lebih kecil yang terletak di tepi pantai. Pulau Redang terkenal kerana keindahan pantainya dan tempat-tempat menyelam yang menarik. Pelawat boleh menerokai 31 tapak menyelam, menyertai sukan pantai, berpesta dan menari sepanjang malam di Pasir Panjang, mendapatkan rawatan spa dan menikmati barbeku makanan laut yang segar. Anda boleh menaiki bot atau pesawat untuk ke pulau ini.

Pulau Perhentian Besar dan Kecil juga menawarkan tempat-tempat menyelam yang menakjubkan di celah-celah batu besar yang memagari teluknya. Air laut yang jernih, dengan daya penglihatan yang jelas dan terumbu karang yang indah, menjadikan Pulau Perhentian pilihan ramai penyelam veteran. Pengalaman menyelam sambil berenang bersama pari, yu karang dan barakuda pasti menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan. Berhampiran pantai. anda boleh memerhati penyu bertelur di teluk, memberi makan ikan atau duduk bersantai di bawah matahari sambil menghirup udara laut yang segar.

Jika anda mencari destinasi percutian yang lebih terpencil, Pulau Lang Tengah mungkin menepati kehendak anda. Airnya yang hijau muda sangat jernih dan ikan-ikan berenang hingga hampir ke pantai, tanpa menghiraukan kehadiran manusia.

Pulau Bidong terletak dalam perairan yang tenang, dengan beberapa tempat terpencil untuk berenang, bersiar-siar dengan bot dan menyelam snorkel. Sebuah tugu dibina di sini untuk memperingati pelarian Vietnam yang mendapatkan perlindungan sementara di pulau ini.

Di sebelah Pulau Kapas, terletak Pulau Gemia atau Gem yang menawarkan sebuah lagi tempat percutian pantai yang indah dengan kawasan pedalaman yang berbukit-bukau yang tidak disentuh dan dibiarkan berhutan untuk memelihara hidupan liar.

Pantai Batu Buruk di bandar Kuala Terengganu pula  dilengkapi taman permainan, bangku dan gazebo, menjadikannya sebagai tempat pertemuan dan menjamu selera yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan minuman yang pelbagai rasa.

Banyak lagi sebenarnya tempat menarik yang terdapat di Terengganu ini.  Belum lagi tempat makan yang menarik. Nak diceritakan ke semuannya di sini memang tak habis. Artikel akan datang saya akan berkongsi lagi tempat menarik yang lain pula. Sekiranya anda pernah mengunjungi tempat menarik di Terengganu, di harap bolehlah berkongsikan pengalaman percutian anda di s ini..

Tempat-tempat Menarik di Langkawi

Number of View: 18495

Artikel ini saya akan membongkar pula tempat menarik yang boleh anda kunjungi apabila sampai di Langkawi. Lokasi tempat menarik di Langkawi ini telah saya perolehi dari  sumber risalah dari Kementerian Pelancongan Malaysia. Antara tempat perlancongan yang menari yang boleh anda lawati adalah seperti berikut;

Pekan Kuah
Kuah yang dahulunya sebuah pekan kecil yang memiliki hanya beberapa batang jalan kini membangun sebagai sebuah kawasan yang menempatkan hotel-hotel, kompleks membeli-belah dan aktiviti perniagaan yang berkembang pesat. Kuah menawarkan pelbagai barangan bebas cukai seperti tembakau, kosmetik dan perkakas elektrik pada harga yang menarik.

Dataran Lang
Ia merupakan mercu tanda Pulau Langkawi yang paling jelas kelihatan oleh para pengunjung yang berkunjung melalui laut. Terletak berhampiran Jeti Kuah, tarikan utama dataran ini adalah  seekor helang gergasi yang mengagumkan dalam keadaan sedia meluncur terbang ke udara.

Taman Lagenda

Merupakan taman-taman indah yang dihiasi bungaan tempatan dalam pelbagai warna, tumbuh-tumbuhan dan pokok buah-buahan. Taman seluas 50 ekar ini telah direka dan dihiasi dengan pameran yang mengisahkan mitos dan legenda pulau tersebut. la mengandungi 17 tugu dan setiap satu membawa sebuah kisah yang menarik.

PANTAI KOK, CENANG, TENGAH, DATAI DAN TELUK BURAU, dengan pemandangannya yang indah, amat sesuai untuk bersantai dan bersiar-siar di tepi pantai. Penginapan di pantai-pantai ini terdiri daripada hotel dan resort terkemuka hinggalah chalet yang selesa. Kepelbagaian sukan air di pantai-pantai penginapan di Langkawi menjanjikan keseronokan bagi mereka yang aktif dan lasak.

KOTA MAHSURI dengan sejarah legendanya merupakan kawasan yang cukup penting di Pulau Langkawi dan kini dipelihara buat tatapan generasi akan datang. Terletak kira-kira 12km dari pekan Kuah, Kota Mahsuri ini dibina untuk memperingati kisah seorang wanita bernama Mahsuri yang difitnah dan dihukum bunuh. Menurut legendanya, ketika menjalani hukuman mati, tubuh Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih, sebagai tanda kesuciannya. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mahsuri telah menyumpah pulau itu menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.

Banyak lagi sebenarnya lokasi tempat menarik di Langkawi ini. Antaranya adalah seperti Telaga Tujuh, Tasik Dayang Bunting, Underwater World dan pelbagai lagi tempat menarik yang tidak sempat saya ceritakan di sini. Artikel akan datang saya akan berkongsi lagi tempat menarik yang lain pula. Sekiranya anda pernah mengunjungi tempat menarik di Langkawi, di harap bolehlah berkongsikan cerita anda di s ini..

Tempat-tempat Menarik di Putrajaya

Number of View: 20222

Artikel ini saya akan mengupas lagi daripada buku Malaysia Tourism Map & Guide mengenai cadangan tempat-tempat menarik yang harus anda lawati di Putrajaya atau dikenali tempat pentadbiran kerajaan Malaysia. Antara tempat menarik yang boleh anda lawai adalah seperti berikut;

Wetlands Putrajaya
Salah satu tempat yang menarik di Putrajaya yang terdiri lebih dari 70 spesies tanaman. Wetland di Putrajaya, Malaysia menjadi kawasan air tawar terbesar dibina di kawasan tropika di mana jumlah keseluruhan keluasan ada lebih kurang 200 hactares.

Masjid Putra
Masjid Putra adalah sebuah masjid berwarna merah muda menjadi tarikan pelancong setiap kali ke sana. Ini terdiri daripada halaman yang besar dan menara yang mempunyai ketinggian 116m dibahagikan kepada lima peringkat untuk mewakili Lima Rukun Islam. Masjid Putra dapat menampung 15,000 orang pada satu masa.

Dataran Putra
Dataran Putra adalah diameter berkeluasan 300 meter dan dihiasi dengan motif tempatan, air dan ciri lampu. Ia mempunyai 11 bintang yang mewakili 11 negeri ketika Malaysia merdeka. Ke semua 13-titik lain yang melambangkan 13 negeri di Malaysia hari ini, sementara 14 bintang mewakili negara Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Taman Botani
Taman Botani merupakan salah satu taman yang menarik dan menjadi satu tarikan sebagai taman tropika. Taman ini seluas 230 hektar atau 93 hektar bagi pembangunan taman ini. Terdapat kepelbagaian flora dan fauna di kawasan ini dapat anda lihat di mana lebih dari 700 spesies tanaman di taman ini berasal dari lebih dari 90 negara di dunia.

Banyak lagi sebenarnya lokasi tempat menarik di Putrajaya ini. Artikel akan datang saya akan memberitahu anda lagi tempat menarik yang lain pula. Sekiranya anda pernah mengunjungi tempat menarik di Putrajaya, di harap bolehlah berkongsikan cerita anda di ruangan komen ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...